Pengetahuan Komputer dan Internet adalah ilmu berkenaan hal - hal dunia perkomputeran dan Internet. Ia merangkumi:-
ilmu peralatan
komputer dan peralatan yang diperlukan untuk penyambungan ke Internet
khidmat - khidmat
berkaitan komputer dan yang terdapat melalui Internet
perisian yang
digunakan oleh komputer dan yang digunakan di Internet
dunia perniagaan komputer serta perkembangan penting Internet
Mari sekarang kita selidiki dengan lebih dekat ketiga - tiga
kandungan
pengetahuan komputer/internet yang disebutkan tadi
Apakah "ilmu peralatan komputer dan Internet"
itu?
Bidang komputer peribadi
telah berkembang pesat sejak 30 tahun yang
lepas dan Internet telah ujud secara asas lebih dari 50 tahun yang lalu. Ini
telah melahirkan beribu - ribu jenis peralatan komputer serta Internet dari
berbagai rupa-bentuk, corak, warna, fungsi dan jenama. Bagi yang tidak
mengenali, mereka mungkin kebinggungan melihat julat peralatan komputer dan
Internet yang begitu luas. Mereka sudah tentu tidak tahu menahu akan apakah
sesuatu peralatan komputer/Internet itu, bagaimanakah ianya digunakan dan untuk
siapakah ia. Ilmu peralatan komputer dan Internet yang baik akan mendedahkan
anda secara sistematik kepada perkembangan peralatan komputer dari mula hingga
akhir. Anda akan mengetahui secara terperinci segala peralatan yang diperlukan
untuk penyambungan kepada Internet. Anda akan dapat mengenali jenis peralatan,
bagaimana ianya berfungsi dan bagaimana dan bila ianya digunakan. Anda juga akan
berkebolehan menilai sesuatu barangan itu samada sesuai atau tidak digunakan
untuk sesuatu tujuan. Pendek kata anda akan menjadi orang yang arif berkenaan
selok-belok komputer dan Internet.
Kenapakah semua ini penting bagi saya?
Anda mungkin tidak mempunyai komputer
dan mungkin tidak pernah
menjelajah Internet. Tetapi satu hari nanti adalah berkemungkinan besar anda
terpaksa bekerja dengan komputer dan menggunakan Internet. Tahukah anda
bagaimana hendak memasang satu komputer dan memulakan sesuatu perisian? Tahukah
anda bagaimana hendak menggunakan ciri - ciri Internet seperti e-mail atau
hompej? Ini dan banyak persoalan lagi akan anda ketahui jawapannya melalui ilmu
pengetahuan komputer/internet yang baik. Menunggu sehingga komputer berada di
depan mata anda dan baru anda hendak mempelajarinya adalah terlalu lewat. Anda
tidak boleh pasti yang anda akan mempunyai masa atau peluang untuk
mempelajarinya ketika itu. Menyediakan diri dengan asas komputer dan Internet
adalah amat penting di kala negara sedang giat melancarkan projek Korridor Raya
Multimedia (MSC) dan berbagai projek IT yang lain. Semua ini adalah penting bagi
menentukan yang anda juga mempunyai tempat di zaman yang semakin berlandaskan
teknologi maklumat ini.
Apakah yang dikatakan sebagai "khidmat berkaitan komputer dan khidmat melalui
Internet" itu dan bagaimanakah ianya berguna untuk diri saya?
Melalui ilmu ini anda terdedah kepada kegunaan teknologi komputer dan Internet. Komputer hari ini telah memasuki segala aspek kehidupan manusia. Tahukah anda bahawa komputer hari ini membenarkan maklumat seperti bunyi, suara, tulisan, gambar dan video yang dikatakan Multimedia dihantarkan melalui
Internet ke luar negara dengan harga yang amat murah?
Tahukah anda bahawa lebih 300 juta manusia menggunakan Lebuhraya
Maklumat
Internet setiap hari untuk berhubung? Dengan pengetahuan Internet dan komputer
ini anda akan dapat mengenali apakah itu yang dikatakan Multimedia dan
kelebihan - kelebihannya. Anda juga akan dapat memahami apakah itu Lebuhraya
Maklumat Internet yang hebat diperkatakan oleh semua orang. Bagaimanakah semua
ini berguna untuk diri anda? Teknologi maklumat sedang berubah dengan cepat
sekali. Jika anda hendak menjadi individu yang maju, anda hendaklah memahaminya
dan menggunakannya untuk kebaikan diri
anda. Jika anda tidak kejar perkembangan teknologi yang tercanggih di muka bumi
ini, nescaya anda akan jadi orang yang ketinggalan zaman. Adakah itu yang anda
inginkan untuk diri dan keluarga anda? Bolehkah anda membimbing anak - anak anda
kelak ke arah haluan teknologi maklumat jika anda sendiri jahil
terhadapnya?
Apakah yang dimaksudkan dengan "ilmu perisian
komputer dan Internet"? Untuk apakah ia?
Setiap komputer berfungsi dengan
menjalankan perisian atau program
komputer. Terdapat berjuta - juta tajuk perisian komputer dipasaran. Sesiapapun
yang tidak mempunyai ilmu berkenaan perisian komputer akan kebinggungan, keliru
dan mudah terpedaya akan perisian yang manakah yang sesuai dan yang manakah yang
harus dibeli. Ilmu perisian komputer akan menjadikan anda jelas akan apakah itu
perisian komputer (computer software), apakah kelas atau jenis sesuatu tajuk
perisian itu, adakah ianya sesuai untuk kegunaan anda dan bolehkan ianya dijalan
dengan mesin komputer kegunaan anda. Anda tidak akan keliru lagi dengan nama -
nama seperti Lotus-123, dBASE, WordStar, MS-Windows
3.11, Windows 95, Windows98, Windows NT, Macintosh System, OS/2 Warp dan
sebagainya. Semuanya akan menjadi senang bagi anda (anda mungkin juga menjadi
"juruperunding" bagi kawan - kawan anda!). Anda akan berkebolehan membaca iklan
komputer dengan mudah dan memahami bahasa janggal yang digunakan disana. Begitu
juga anda akan berkebolehan mengambil mana - mana kotak perisian komputer dan
membuat keputusan belian dengan sendiri tanpa banyak bertanyakan kepada
jurujual. Sesetengah jurujual sememangnya ingin menjualkan apa sahaja perisian
kepada anda - walaupun ianya tidak sesuai dengan kegunaan dan sistem komputer
anda. Dengan itu segara lengkapkan diri anda dengan ilmu yang berharga ini untuk
menjadi pengguna, pembeli dan peminat komputer yang bijak!
Apakah itu ilmu "dunia perniagaan komputer dan perkembangan Internet" dan
bagaimanakah ianya berguna?
Terdapat berbagai jenis komputer yang dikeluarkan oleh berbagai
jenis
syarikat. Tahukah anda komputer yang manakah sesuai untuk diri dan keluarga
anda? Tahukah anda bahawa perisian - perisian untuk Windows 95 tidak boleh
dijalankan oleh komputer . Apple Macintosh. Sesetengah syarikat mengeluarkan
berbagai jenama barangan komputer tetapi hanya ditujukan kepada segelintir
masyarakat sahaja. Syarikat Hewlett Packard mengeluarkan berbagai jenama
komputer untuk kegunaan industri pembuatan sahaja. Syarikat manakah
yang
mengeluarkan barangan komputer untuk kegunaan umum? Disinilah ilmu
dunia
perniagaan komputer menjadi penting. Dengannya anda akan mengenali dan
mengetahui dengan terperinci dan tepat syarikat - syarikat terbesar dalam
industri komputer serta keluaran dan kepakaran mereka. Kualiti barangan komputer
juga sering bergantung dengan syarikat pengeluar. Intel adalah pengeluar
pemproses komputer yang terkenal. Tetapi tahukah anda selain dari Intel, AMD,
IBM, Motorola dan Cyrix juga mengeluarkan pemproses komputer yang setanding
dengannya? Jadi dengan mengetahui akan syarikat - syarikat komputer, anda akan
mempunyai pilihan yang lebih untuk barangan komputer anda. Dengannya juga anda
akan lebih mudah mengenali barangan baik dari yang kurang baik. Anda juga tidak
akan keliru dengan jenama - jenama yang mempunyai nama yang hampir - hampir
sama.
Syarikat - syarikat komputer juga sering mengalami rombakan dan perubahan. Compaq, salah satu syarikat pengeluar komputer terbesar didunia telah membeli dan mengambil alih syarikat Digital - satu perintis bidang teknologi maklumat. Jadi jika anda memiliki komputer Digital, anda pasti hairan melihat kedai Digital anda berubah nama kepada Compaq. Dan jika anda tidak mengetahui akan perkembangan semasa
Apakah gunanya ilmu pengetahuan komputer jika saya
tidak mempunyai komputer?
Perlukah anda memiliki kereta sebelum mempelajari bagaimana hendak memandunya?
Sudah tentu tidak! Ramai yang mempunyai lesen motorsikal, kereta, bas bahkan
lori pun tetapi tidak ada satu kenderaan pun atas nama mereka. Jelas bahawa
mereka ini percaya kepada menimpa ilmu dahulu untuk digunakan dihari kemudian.
Kegunaan komputer sedang begitu berleluasa sehingga masa sudah tiba dimana semua
orang akan menggunakan komputer di satu ketika atau lain dalam hidup mereka.
Adakah hanya pada ketika itu anda akan mempelajari apakah itu komputer dan
bagaimana menggunakan Internet? Tidakkah ini merugikan anda? Pengetahuan
komputer dan Internet yang anda porelehi hari ini akan menguntungkan anda
berlipat kali ganda di hari kemudian apabila anda terpaksa bekerja dengan
komputer dan menggunakan Internet. Ia akan membantu anda membuat keputusan
belian atau merancang kerjaya atau pembelajaran anda hari ini dan untuk anak -
anak anda esok. Oleh itu jadilah orang yang bijak, sediakan satu "lesen"
komputer untuk diri anda hari ini? Dari manakah harus saya mendapatkan ilmu
Internet yang lengkap, terkini dan mudah difahami oleh saya? Jika anda difahami
oleh sesiapa juga, inginkan ilmu internet yang lengkap dan terkini dan ditulis
di dalam bahasa Melayu yang mudah tidak ada tempat yang lebih baik dari
mendapatkan buku Pelajari Internet Dalam 12 Jam keluaran Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Buku ini akan membawa anda langkah demi langkah dari
seorang yang tidak mengetahui apa - apa langsung tentang Internet kepada seorang
yang boleh digelar "pakar" oleh rakan - taulan anda.