Virus komputer di dalam istilah komputer ialah
sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau
program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam
disk yang dinamakan "boot sector". Apabila kita menjalankan/melarikan perisian
yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan
mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai
perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan
maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan
cakera keras "hard disk".
Disamping itu, virus komputer juga boleh
diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang
telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo
yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun1991. Ia ditulis untuk
diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna
menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer
akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segala maklumat dan
perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut
Pada tahun 1950an, mulanya ahli saintis komputer
membincangkan kemungkinan untuk membina perisian yang dapat menyalin dirinya
sendiri dan merebak kepada komputer lain. Perisian virus tersebut masih belum
dicipta sehinggalah pada tahun 1983 apabila salah seorang pelajar di Universiti
of California iaitu Fred Cohen menulis satu huraian mengenai virus komputer
tersebut Tidak seperti virus yang menyebabkan selsema atau penyakit lain
terhadap manusia, virus komputer tidak berlaku atau terjadi dengan sendirinya.
Setiap virus harus diprogramkan. Tidak terdapat virus yang berfaedah.
Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untuk mengganggu. Terdapat sesetengah
individu yang ingin memaparkan mesej tertentu untuk bergurau. Di dalam keadaan
yang demikian, virus tersebut hanyalah bersifat untuk menggangu sahaja. Walau
bagaimanapun, apabila virus terbabit menyebabkan kerosakan yang besar. Siapa
yang harus dipersalahkan. Pencegahan Dari Jangkitan
Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Kita hanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisian untuk mengatasinya. Perkara utama yang anda perlu ketahui ialah semasa komputer anda berada didalam keadaan bahaya jangkitan. Apabila virus komputer telah berada di dalam ingatan komputer, virus boleh memusnahkan perisian dan fail-fail data di dalam cakera keras anda. Cara yang paling mudah untuk mendapat jangkitan virus komputer ialah dengan bertukar-tukar perisian atau disk dengan orang lain. Bahkan, perisian yang baru dibeli dan masih dalam bungkusan juga dipercayai mempunyai virus komputer. Kaedah pencegahan yang terbaik ialah dengan menganggap semua disk yang anda temui mempunyai potensi dijangkiti virus. Untuk mengenal pasti virus komputer memerlukan perisian antivirus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yangdipercayai mempunyai virus dan memusnahkannya. Terdapat pelbagai perisian untuk mengesan virus ini.
Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, virus
komputer adalah program kecil yang memasukkan dirinya kedalam program
perlaksanaan dan juga "boot sector" (kawasan di dalam setiap disk yang
mengandungi program yang melaksanakan "loading" sistem operasi) Kebanyak virus
akan aktif apabila anda menjalankan program yang telah dijangkiti atau memulakan
"booting" komputer daripada disk yang telah dijangkiti. Ia akan mula membiakkan
dirinya dengan mencari fail-fail yang baru dan "boot sector" untuk
dijangkiti.
Sebelum kita meninjau lebih jauh mengenai perisian
antivirus. Lebih baik jika kita meninjau dengan lebih terperinci lagi mengenai
virus komputer agar memudahkan kita untuk menghapuskannya kelak. Virus komputer
yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang ialah virus yang menghapuskan data,
format cakera keras atau menjadikannya "unbootable" (tidak boleh mengaccess
sistem operasi), atau merosakkan BIOS seting Perisian antivirus mempunyai
beberapa kaedah atau cara untuk mengatasinya. Kebanyakan perisian antivirus
memasangkan program "memory -resident Windows 95 virtual device driver (VxD)"
yang akan dilaksanakan secara automatik apabila anda menghidupkan komputer anda.
Ia akan sentiasa berada di latar belakang anda bertugas untuk mencari virus.
Jika kita hanya menggunakan pengimbas sahaja itu adalah tidak memadai..
Disamping itu, kita juga boleh menetapkan satu jadual agar pemeriksaan virus
dilakukan dengan lebih kerap lagi. Fail yang telah dimampatkan juga mampu
diperiksa oleh perisian ini.
Fail Pengenalan Virus (virus signature file)
Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat
mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang
demikian, adalah penting untuk kita sentiasa mengemaskinikan "update" fail
tersebut untuk mengesan virus-virus yang baru. Ini kerana hampir setiap hari,
boleh dikatakan hampir lima ekor virus baru ditemui. Kebanyakan perisian
antivirus membenarkan anda mengemaskinikan fail tersebut. Walau bagaimanapun,
terdapat perisian yang mudah untuk kita mengemaskinikannya dan juga sebaliknya.
Sesetangah perisian seperti Norton Antivirus 2.0 dan PC-Cilin hanya memerlukan
anda menekan satu butang sahaja. Segala proses lain akan dilakukan secara
automatik. Sesetengah perisian memerlukan anda untuk mengemaskinikan fail secara
manual. Terdapat juga sesetengah perisian seperti Dr Solomon yang menghantarkan
fail update secara manual kepada pengguna Walau apa sekalipun perisian antivirus
yang anda gunakan. Pastikan anda sentiasa mengemaskinikan fail pengenalan virus
anda. Kita tidak dapat menjangka bagaimana tindakan yang akan dilakukan oleh
virus pada masa hadapan. Mungkin ia mampu melakukan kerosakan/kemusnahan yang
lebih besar lagi
Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perisian antivirus, kita perlu mengetahui apakah takrif atau definisi perisian antivirus tersebut. Perisian antirivirus adalah sejenis perisian yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda kemunculan virus di dalam komputer. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis perisian antivirus yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti auto scan, click and clean dan sebagainya. Kesemua perisian ini bertujuan untuk melindungi komputer kita daripada gangguan virus komputer yang pelbagai. Berikut adalah diantara perisian antivirus yang berada di pasaran dan laporan mengenainya Dr.Solomon Antivirus Toolkit Perisian ini dikatakan adalah yang terbaik kerana ia mampu mengesan semua jenis virus dan hampir 89 peratus virus berjaya dihapuskan. Dari segi kelemahan pula, perisian ini dikatakan agak mahal dan sukar untuk mendapatkan perisian yang terkini(update) kerana penghantaran hanya melalui/menggunakan disk. Walaupun harganya agak mahal iaitu US$85. Ia adalah yang terbaik kerana mampu mengesan semua jenis virus yang telahpun dikenal pasti melalui satu ujian untuk mengetahui tahap atau mutu sesuatu perisian antivirus yang dikawal oleh NCSA (National
Computer Security Association) iaitu sebuah badan yang pakar di dalam bidang virus komputer. Sebanyak 2767 ekor virus telah dikenal pasti dan digunakan di dalam ujian tersebut. Ia dikatakan ramah pengguna kerana tidak memerlukan arahan yang panjang Anda hanya menekan satu butang sahaja untuk mengesan virus dan semua tugas dilakukan untuk anda. Disamping itu, ia juga mempunyai encyclopedia mengenai virus-virus yang dikenal pasti dan kesan-kesan yang disebabkan oleh virus tersebut. Di samping itu, ia juga menyediakan "Magic Bullet" iaitu "bootable floppy disk" yang membenarkan anda mengesan dan memusnahkan virus di dalam mana-mana sistem komputer. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi.
Anda boleh pergi ke
halaman http://http://www.drsolomon.com/
Perisian ini dikatakan kedua terbaik di dalam
mengesan virus. Mempunyai pilihan yang boleh ditentukan oleh kita. Ia juga boleh
menghantar email amaran sekiranya virus ditemui. Dari segi kelemahan pula, untuk
mengemaskinikan fail pengenalan virus memerlukan password dan pemasangan semula
"reinstallation". Dari segi harga juga, ia adalah lebih mahal berbanding dengan
Dr.Solomon. Walaupun agak mahal iaitu dengan harga US$99, ia merupakan antivirus
yang paling berkesan dan aggrasive dimana ia boleh mengesan virus bagi kawasan
LAN. Sekiranya anda merupakan pengguna windows 95 atau perisian yang tidak
disambungkan dengan mana-mana komputer lain. F-Prot adalah tidak sesuai untuk
anda. Menurut ujian yang dijalankan, F-Prot berjaya mengesan hampir 99 peratus
jenis virus dan berjaya menghapuskan sebanyak 78 peratus daripada virus yang
ditemui. Ciri-ciri yang ditawarkan juga agak mudah. Ia membenarkan anda untuk
mengesan tempat-tempat tertentu dengan mengikut jadual-jadual tertentu. Ini
dapat menjimatkan masa dengan membiarkan fail yang telah dikesan dan telah pasti
bahawa tiada mempunyai tanda-tanda diserang virus. F-Prot merupakan satu-satunya
perisian yang mampu menghantar email sekiranya virus ditemui di dalam sesuatu
kawasan LAN. Ia juga mampu menghatar fail yang dijangkiti kepada System
Administrator.
Perisian ini boleh dikatakan agak bagus dari segi mengesan virus. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk menghapuskan virus.Menurut laporan IBM Antivirus menggunakan satu kaedah untuk mengesan virus-virus yang baru. Dengan harga US$49, ia dikatakan agak sesuai dengan harganya yang agak murah disamping mampu mengesanbanyak jenisvirus. Walau bagaimanapu, terdapat banyak kelemahan yang menyebabkan kita sukar untuk mengesyorkan anda menggunakannya. IBM Antivirus adalah satu-satunya program yang tidak akan menghapuskan virus, melainkan apabila ia pasti bahawa dengan berbuat demikian tidak akan merosakkan fail yang dijangkiti. Sekiranya ia menjumpai virus yang tidak boleh dibuang, anda
terpaksa membuat pilihan untuk memadamkan sahaja fail tersebut. Ini bermakna anda terpaksa memasangkan semula program asal. Walau bagaimanapun, sebagaimana program sebelum ini, ia mampu menghapuskan 100% jenis "boot virus ". Walaubagaimanapun, antara ciri-ciri lain adalah, IBM Antivirus hanya membenarkan anda membuat "bootable emergency disk" semasa pemasangan sahaja. Untuk membuat "bootable emergency disk" anda terpaksa mengulangi proses pemasangan sekali lagi.
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, bolehlah pergi ke alamat
http://http://www.av.ibm.com/
Diantara perisian antivirus lain yang boleh didapati ialah seperti
Mcafee Virusscan for windows 98
Norton Antivirus 2001 for windowsME,
Trend Micro Inc. PC-Cilin dan juga Thunderbyte Antivirus Utilities
Alamat-alamat bagi syarikat ini ialah:
http://http://www.mcafee.com/
http://http://www.symantec.com/
http://http://www.thunderbyte.com/