Kebiasaannya protokol yang digunakan oleh modem
dengan kelajuan 56K adalah V.34 Walau bagaimanapun, protokol baru yang akan
dibincangkan disini adalah protokol V.90, K56Flex dan juga x2. Ketiga-tiga
protokol ini (V.90, K56Flex dan x2) kesemuanya adalah sama. Ketiga-tiganya akan
memindahkan data pada kadar 56Kbps. Jadi, mengapakah perlu wujud ketiga-tiga
protokol ini?
Badan yang bertanggung jawab untuk
mewujudkan
satu standard bagi telekomunikasi dikenali sebagai International
Telecommunication Union (ITU), juga dikenali sebagaiCentral Committee of
International Telephony and Telegraphy (CCITT), badan ini bertanggung jawab
untuk menentukan standard yang akan digunakan oleh dunia keseluruhannya.
Kebiasannya, kebanyakan pengeluar modem akan menunggu sehingga ITU mengeluarkan
satu cadangan sebelum mereka mula mengeluarkan modem keluaran mereka.
Kebiasannya ini dilakukan untuk mengelakkan daripada terperangkap di dalam
protokol yang tidak boleh diterima pakai oleh orang lain. Walau bagaimanapun,
Rockwell Semiconductor Systems (Pengeluar utama bagi modem digital signal
processor "DSP") telah bercadang untuk memperkenalkan protokol mereka sendiri
bagi modem 56Kbps. Ini telah dilakukan sebelum sebarang protokol diwujudkan oleh
ITU. Untuk tidak membuang masa dengan begitu sahaja, pihak pesaing bagi Rockwell
iaitu US Robotics telah melancarkan standard mereka sendiri iaitu yang dikenali
sebagai x2. Pada ketika ini, dunia telah pun mempunyai dua jenis protokol yang
berbeza bagi modem 56Kbps iaitu K56Flex daridapa Rockwell dan juga x2 daripada
US Robotic. Ini telah menyebabkan peperangan standard diantara Rockwell dan juga
US Robotics yang mana masing-masing mempromosikan jenama masing-masing bagi
capain56Kbps.
Peperangan standard ini telah menyebabkan
ketidak selesaan bagi pengguna mahupun pembekal perkhidmatan internet (ISP).
Oleh kerana kedua-dua protokol tersebut adalah tidak serasi, pengguna yang mahu
upgrade kepada modem 56Kbps pada masa tersebut terpaksa berhati-hati untuk
memilih protokol yang digunakan oleh pembekal perkhidmatan internet mereka.
Sekiranya pengguna salah membuat pilihan. Pengguna akan terperangkap dengan
modem 56Kbps yang hanya berfungsi pada kadar33.6Kbps sahaja.(modem ISP tidak
mampu mengenali protokol bagi modem 56Kbsp yang digunakan dan seterusnya akan
menggunakan protokol yang lebih rendah lagi iaitu v.34) Kewujudan dua protokol
ini juga menyebabkan masalah tambahan kepada pembekal perkhidmatan internet
(ISP). Oleh kerana setiap pengeluar modem hanya akan menerima salah satu
daripada dua protokol tersebut, mereka(ISP) salah satu diantaranya. ianya
menjadi semakin sukar untuk menyediakan teknologi yang terkini kepada kesemua
pengguna.
Sekiranya pembekal perkhidmatan internet ingin
memuaskan hati semua pengguna, mereka terpaksa menyediakan pelbagai jenama modem
satu yang menerima pakai protokol K56Flex dan satu lagi yang menerima pakai
protokol x2. Ini bukanlah satu langkah yang bijak dan ekonomik. Oleh kerana itu,
pembekal perkhidmatan internet terpaksa memilih salah satu diantara kedua-dua
protokol ini Keadaan yang tidak memuaskan ini berterusan sehinggalah ITU telah
mengeluarkan satu protokol baru iaitu V.90 yang mampu memindahkan data pada
kadar 56Kbps. Dengan wujudnya standard yang baru ini, peperangan standard telah
tamat dan V.90 telah dikenali sebagai standard yang rasmi
Walau bagaimanapun, V.90 ini masih lagi di dalam
peringkat ujian, kebanyakan pembekal perkhidmatan internet seperti Mimos dan
Telekom Malaysia menggunakan K56Flex sebagai protokol mereka. Ini bermaksud,
pengguna yang menggunakan protokol K56Flex sahaja yang akan dapat menikmati
sambungan pada kadar 56Kbps. Oleh kerana sesetengah modem hanya mampu menyimpan
satu protokol sahaja pada sesuatu masa, sesetengah pengguna akan upgrade
protokol yang digunakan daripada K56Flex kepada V.90. Walau bagaimanapun, mereka
masih juga mendapat sambungan pada kadar 33.6Kbps. Ini mungkin disebabkan modem
tersebut memerlukan supaya ditukar peralatan di dalamnya dan tidak boleh
diupgrade hanya dengan menggunakan software.Oleh kerana kerana kebanyakan modem
yang diguankan oleh pembekal perkhidmatan internet masih belum menggunakan
protokol V.90, modem tersebut terpaksa menggunakan protokol yang lebih rendah
iaitu V.34 Ini akan menyebabkan perpindahana data hanyalah sekadar 33.6Kbps
sahaja. Oleh kerana itu, anda adalah dinasihatkan supaya tidak upgradekan modem
anda daripada K56Flex kepada V.90.
Bagi pengguna yang menggunakan protokol x2 pula,
mereka tidak akan mengalami apa-apa perubahan memandangkan pembekal perkhidmatan
internet dinegara kita tidak menggunakan protokol tersebut. Namun, apabila
protokol V.90 telah menjadi satu standard dinegara kita, pengguna yang
menggunakan protokol x2 bolehlah meningkatkan keupayaan modem mereka kepada
protokol V.90 untuk mendapatkan potensi sebenar modem tersebut.